Khamis, 21 Mac 2013

DIA...HERO




Dua minggu lepas aku sempat menonton filem PAPADOM hasil lakon Afdlin Shauki dan juga Liyana Jasmay..hmm…aku mmg suka menonton filem tapi dalam pada cerewetnya aku dalam melihat filem..Namun, bukan mutu lakonan Afdlin atau Liyana yang nak ku coretkan disini tapi plotnya yang mengujakanku…bengkak mataku hari tu..isu yang begitu dekat di hatiku..


Melihat cerita itu, seolah-olah melihat diriku 15 tahun yang lalu…tergambar kembali bagaimana ayah menguruskan aku di rumah apatah lagi melihat babak Afdlin yang mengikat rambut Liyana yg ingin ke sekolah seolah-olah melihat ‘aku’ disitu…

Nyatanya, seorang ayah adalah hero pertama bagi setiap anak perempuan…Masih ku ingat dalam darjah 3, aku disuruh guru English membuat sebuah karangan yang berjudul “My HERO”.Kawan-kawanku semuanya menulis mengenai idola masing-masing sama ada watak superhero, artis mahupun pemimpin yang disanjung.Tapi, aku memilih menulis ayahku sebagai Super Hero ku.Masih jua aku teringat Madam Lim bertanya mengapa aku menulis ayahku sebagai hero ku..Masih terngiang-ngiang di kotak ingatan aku memberitahu guruku bahawa bagiku tiada lagi yang lebih hebat dari ayahku walaupun dia bukan kaya bukan terkenal tapi dialah yang menyebabkan aku ada atas muka bumi ini walaupun tak sesenang mana tapi kami adik beradik kaya dengan kasih sayang. Walaupun tak mewah tapi tak pernah tak cukup. Dalam apa jua keadaan ayahku sentiasa ada untukku tak kira semasa aku demam, gagal dalam ujian atau menang dalam pertandingan gimrama…Kenangan yang akan selalu meruntun jiwa tapi pengubat rindu yang paling baik…


Friday, February 5, 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan