Khamis, 21 Mac 2013

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


Salam…



Sahabat,


Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita sangat beruntung kerana Allah mengurniakan sahabat yang memahami diri kita.



Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi peluang untuk dia menerangkan keadaannya…



Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberi seribu satu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa….Untungnya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa ada di sisi kita tika kita memerlukan dia….



Dia mendengar luahan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita kuahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyikbercerita tentang diri kita sehingga kita terlupa bahawa kawan kita juga ada cerita ynag ingin dikongsikannya bersama kita…



Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sebagaimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah…..?



Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa!



Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan untuk kekuatan. Jadilah kita kawannya…Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkinsebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan…Di sebalik senyumannnya, mungkin tersimpan banyak banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu….



(*** This poem is specially created and dedicated to my best friends, liza, ros, nani and ina….however, it also for my new frends, Skot 8/2008. Thanks for all of you for being my frends and sorry if im not fullfill my responsibility as your frend…)


Wednesday, January 6, 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan