Sabtu, 10 September 2016

Manisnya Sabar

Masa betoi2 nk tulis post ni tiba-tiba pulak blog ni tiba-tiba hilang maklumlah ‘budak baru belajaq’ :D

Sepanjang 4 tahun masa berlalu begitu pantas, betul kata orang-orang tua hasil kesabaran terlalu manis apatah lagi jika kita berjaya membuang rasa sakit hati kepedihan kelukaan yang kita terima dari sesuatu tuduhan mahupun fitnah yang tidak berasas.  

Setelah 4 tahun, aku memang membuang rasa sakit hati pedih dendam kelukaan hasil fitnah yang begitu mencemar keperibadian dan maruah diri sebagai wanita insan dan hamba Dia Maha Mengetahui.

Manisnya bila satu-satu kebenaran tersingkap dan pihak yang melakukannya datang memohon maaf dan aku mampu memaafkan tanpa sekelumit dendam di hati. Tapi sesungguhnya jujur untuk melupakan mungkin juga tidak semudah memaafkan. Mungkin mengambil masa 4 tahun lagi atau lebih.

Syukur kepada Dia Maha Mengasihani yang menyingkap kebenaran dan mencuci bersih maruah dan harga diriku dengan penuh terhormat sekali walaupun masa yang diambil panjang. Namun, dari situ jua banyak pengajaran dan pengalaman yang aku belajar. Jangan mudah mempercayai sesiapapun walau atas nama persahabatan. Tidak semua orang seperti kita yang menghargai nilai persahabatan seperti darah daging sendiri.


Hikmah terbesar apa pun yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya itulah titik tolak apa kita jadi hari ini. Alhamdulillah walaupun aku baharu meniti sesuatu yang tidak seberapa namun sekurang-kurangnya rahmatNya masih bersama-samaku..
gambar sekadar hiasan :) 

ALHAMDULILLAH...I'M BACK !!!

Alhamdulillah setelah bertahun lamanya jumpa juga dengan blog nih hahahahaha..

Nampak tak teruk betoi boleh pulak lupa macam mana nk log in blog sendiri :D

Sepanjang dekat 3 tahun tak menulis terasa semangat menggebu-gebu nak tulis macam2.. Sebenaqnya tak tau pun nak tulis apa hahaha

Kehidupan masih sama macam dulu juga cuma yg berbeza I’m already married with lovey dovey daughter, Nur Raisha Zulaikha Mohd Zulkhairi :) Dari Penang to Putrajaya to Kuala Lumpur = PRD to PRO to PPRN.. Alhamdulillah

Sekejap ja masa berlalu dh setahun 2 bulan pun budak tecik ibu tuh :) :) :) Cuma buah hati ibu tu duduk kt kampong dengan Maktok la sebab ibu dengan abah busy and PJJ L Sedih but we have to and hopefully my sunshine will understand and my wish our family with be together ASAP. Doakan yea keluarga kecik kami :D


Ni jelah kot yang rasa nk update setakat nih J Nak buat catatan untuk Raisha juga bila dh besaq cek baca naa sayang ibu.... :)






Isnin, 29 April 2013

Manusia.Niat.Keikhlasan.Lakonan


Hari ni tiba-tiba ada mood nak menulis balik.dalam sibuk sempat jua nak ambil sedikit ruang untuk berkata-kata apa yang dirasakan.

Hati tidak pernah rasa cemburu dengan perubahan manusia lain apatah lagi jika ke arah yang lebih baik. Syukur dipanjatkan walau ia dari 'bekas kawan'..Bukan jua nak jadi Tuhan menbak niat seseorang itu berubah tapi hati manusia tak dapat lari dari menafsir apa yang berlaku di sekeliling.

Jika perubahan itu Lillahi Taala dan hanya mencari Mardhatillah..Alhmdulillah walaupun siapa pun kerana pintu tauba sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja.

Namun, rugilah bagi orang-orang yang bertopengkan kepada perubahan dan agama untuk mengabui mata-mata manusia lain.Untuk apa perubahan jika hanya meraih pujian manusia lain dan untuk dilihat baik ataupun soleh.Hidup kita bukan itu sahaja yang perlu kita kejari.

Jangan dustai agama hanya kerana penghargaan dan pujian dari manusia kerdil jua.Jangan biarkan agama kita yang indah tulus lagi suci ini jadi momokan pada pandangan orang lain. Jangan kita jadi manusia munafik atas kepentingan sendiri dan menghancurkan agama kita hanya kerana nikmat kecil.

'Mardhatillah dan Lillahi Taala Fokus Kita'

Khamis, 21 Mac 2013

AYAT-AYAT CINTA




Alhamdulillah…akhirnya aku berjaya menghabiskan novel “Ayat-ayat Cinta” karangan Habiburrahman E-Shirazy, novelis Indon yang mencapai tahap best seller untuk buku ini…walaupun mengambil masa “2 BULAN”!sesuatu yang diluar kebiasaanku…buku biasanya aku habiskan paling lama dalam masa seminggu…sebenarnya aku ingin mentelaah sekhusyuk mungkin isinya yang jarang kutemui idea sebegitu dan dalam sibuk yang selalu mengejarku…

Sebenarnya aku bukan pengemar novel cinta malahan maaf boleh dikatakan ‘die hard hater’ untuk novel cinta picisan..Buku ini pun rasanya dah berpuluh kali dipesan Ustaz Iman lewat email-emailnya untuk dibaca pemberiannya yang satu ini jauh di bumi Kinanah…Jazakallah ya Ustaz, ana temui apa yang ana cari…Dalam mindaku seperti sudah tertulis novel cinta tak membangunkan minda tapi menghancurkan fikrah merosakkan aqli hidup dalam anganan…

Namun, sebelum membaca aku mendapat pandangan dari teman-teman sudah habis membacanya malah ada yang berkali-kali membacanya…”kalaulah aku dapat Fahri”, “bertuahnya kalau jadi Fahri”, bahagianya hidup kalau bersuamikan Fahri”, dan bermacam-macam komen teman yang mampir di gegendang telingaku. Malahan ada teman-teman yang berkali-kali menonton filem dari novel ini…Sejujurnya, aku takkan menonton novel yang difilemkan kerna selalunya terlalu banyak nilai-nilai glamour dan bumbu berlebihan yang ditokoktambah untuk nilai komersial. Hingga hilang nilai seni dan estetika apatah lagi keaslian penceritaan dalam novel itu sendiri…

Setelah habis ‘Ayat-ayat Cinta kuterokai, apa yang aku temui bukan “CINTA” sebagaimana komen teman-teman…tapi betapa indahnya ISLAM seperti apa yang cuba dipraktikkan dan difahami “Fahri”…atau itulah ISLAM yang selalunya terlepas pandang oleh penganutnya sendiri…

Rasa kagum mengetahui apa yang Rasulullah lakukan mengenai tatacara perlakuan antara Muslim dan Bukan Islam…Di situ letak indahnya Islam yang mungkin kita Muslim sejak azali tidak pernah mengetahui atau tak ingin ketahui…Ia mengingatkan aku pada satu kisah Rasulullah dengan pengemis Yahudi seperti yang selalu ayahandaku ceritakan dulu yang meyebabkan tubir mataku tidak mampu menahan untuk menitiskan air mata kerana terharu dengan kemuliaan akhlak Baginda… 

Sejujurnya juga aku mendapat pengajaran yang mahal dari novel ini.Ia berkenaan SABAR+IKHLAS=ISLAM…Seseorang yang rasa iman dah cukup dan terlalu sempurna untuk diuji Allah sebagaimana Fahri yang tetap ada khilafnya…IKHLAS sbenarnya susah untuk dicapai…kekadang dalam beribadat walaupun kita rasa hanya utk ALLAH tapi tanpa sedar ia bercampur unsur riya’…Oleh itu, marilah kita bersama-sama mantapkan iman dan jagalah hati sebaik-baiknya…

Wallahu’alam…



Monday, January 18, 2010 at 1:30pm

DIA...HERO




Dua minggu lepas aku sempat menonton filem PAPADOM hasil lakon Afdlin Shauki dan juga Liyana Jasmay..hmm…aku mmg suka menonton filem tapi dalam pada cerewetnya aku dalam melihat filem..Namun, bukan mutu lakonan Afdlin atau Liyana yang nak ku coretkan disini tapi plotnya yang mengujakanku…bengkak mataku hari tu..isu yang begitu dekat di hatiku..


Melihat cerita itu, seolah-olah melihat diriku 15 tahun yang lalu…tergambar kembali bagaimana ayah menguruskan aku di rumah apatah lagi melihat babak Afdlin yang mengikat rambut Liyana yg ingin ke sekolah seolah-olah melihat ‘aku’ disitu…

Nyatanya, seorang ayah adalah hero pertama bagi setiap anak perempuan…Masih ku ingat dalam darjah 3, aku disuruh guru English membuat sebuah karangan yang berjudul “My HERO”.Kawan-kawanku semuanya menulis mengenai idola masing-masing sama ada watak superhero, artis mahupun pemimpin yang disanjung.Tapi, aku memilih menulis ayahku sebagai Super Hero ku.Masih jua aku teringat Madam Lim bertanya mengapa aku menulis ayahku sebagai hero ku..Masih terngiang-ngiang di kotak ingatan aku memberitahu guruku bahawa bagiku tiada lagi yang lebih hebat dari ayahku walaupun dia bukan kaya bukan terkenal tapi dialah yang menyebabkan aku ada atas muka bumi ini walaupun tak sesenang mana tapi kami adik beradik kaya dengan kasih sayang. Walaupun tak mewah tapi tak pernah tak cukup. Dalam apa jua keadaan ayahku sentiasa ada untukku tak kira semasa aku demam, gagal dalam ujian atau menang dalam pertandingan gimrama…Kenangan yang akan selalu meruntun jiwa tapi pengubat rindu yang paling baik…


Friday, February 5, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


Salam…



Sahabat,


Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita sangat beruntung kerana Allah mengurniakan sahabat yang memahami diri kita.



Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita sahaja.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi peluang untuk dia menerangkan keadaannya…



Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita memberi seribu satu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa….Untungnya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa ada di sisi kita tika kita memerlukan dia….



Dia mendengar luahan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita kuahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyikbercerita tentang diri kita sehingga kita terlupa bahawa kawan kita juga ada cerita ynag ingin dikongsikannya bersama kita…



Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sebagaimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah…..?



Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa!



Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan untuk kekuatan. Jadilah kita kawannya…Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkinsebenarnya dia tak setabah yang kita sangkakan…Di sebalik senyumannnya, mungkin tersimpan banyak banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu….



(*** This poem is specially created and dedicated to my best friends, liza, ros, nani and ina….however, it also for my new frends, Skot 8/2008. Thanks for all of you for being my frends and sorry if im not fullfill my responsibility as your frend…)


Wednesday, January 6, 2010